Tuesday, September 30, 2008

Susahnya untuk aku cakap no. Tapi dari lebih lama dengar dia punya ramblings and trying all his might to convince me, baik aku cakap no awal awal. Bukan aku tak kesian, tapi aku tak boleh. Nak come clean pun tak boleh. Too much conscience. Kan elok kalau dari awal awal lagi aku beritahu benda yang sebenar. Tapi biasa la, namanya manusia, dah terhantuk, baru nak sedar yg kat atas tu buah rambutan sebenarnya.

Dan aku tak rasa pun macam esok raya. Serius. Sebab aku ada kat Kajang. And ayah pun ada kat sini. Tak balik Sekinchan. Dah takleh nak lepak lepak rumah Angah Siah lepas siap isi kuih pagi raya tu. Selalu aku lepak kat situ sampai tengahari. Kekadang sampai ayah panggil aku balik, baru aku balik.

Ahhhhh..........

Monday, September 29, 2008

Aku hilang 2 hari.

Aku rather kau begged aku daripada cakap kau redha if aku say no. Dan aku sangat fond of you. Sangat. Dan aku juga rasa sangat comfortable with you. Sehingga aku boleh cerita benda yang kakak aku sendiri pun tak tau.

Dan aku sangat benci buat orang disappointed. Dan aku tak nak let him down. Sebab aku suka dia. Aku sayang dia. Dan aku tak nak hilang lagi.

Kononnya nak makan Hartz Chicken Buffet. Sekali jadi Hartz's reject nombor 3. Sudahnya beli sushi, temaki roll, apple juice n ribena n buka puasa kat depan cold storage tu je. Dah hilang rasa nak gi Hartz dah. Then smoke kat luar. Then gi beli blue cheese, mixed dried fruit. Lepak kat Sweet Chat makan blue cheese sama dried fruits. Minum Strawberry Mojito and Blue Ocean. Pastu tetiba nak makan Black Pepper Chicken Burger. And dia punya dessert sangat sucks. Cream almond my ass rasa cam Clorox.

Wednesday, September 24, 2008

Adui. Macam mana aku nak buat ni? Kene pegi kat yg tak sah jugak kot. Aduiiii..... Kusut la macam ni. Demmit. Apa lagi alasan aku nak bagi ni?

Esok aku nak gi Kajang la. Cari kat Kajang lak.

Monday, September 22, 2008

Hari ni, kalau Mak ada lagi, she will turn 62. 22nd September 1946. Happy Birthday, Mak. I love you so much.

Sunday, September 21, 2008

Akhirnya,, dapat gak aku baca PANIC sampai habis. Aku memang nak baca sangat buku ni, so it took me only a day n a half je to finish 'em. Dan aku sangat satisfied dengan buku ni tho' ending dia ada sikit cacat aku rasa. But all in all, aku satisfied.

Sekarang aku nak start baca The Dark Room plak. Aku memang suka criminology. Sangat suka. Dan aku dah tengok Pathology. Sangat best bagi aku. Aku suka sangat masa Dr. Gallo tetak-tetak whore kat diorang punya dungeon. Siries rasa euphoria. Sick ke aku? Aku rasa ada sikit kot. Dan aku juga rasa pahala puasa aku kurang masa hari aku tengok cerita tu. Confirmed.

Best kan cerita yang saya pilih? Look who's picking la, ha ha.... Tak main la tengok cerita tajuk Oh Baby. Muahahahahahaha......

Thursday, September 18, 2008

Kau ingat apa? Welfare ke? It's mine la! Sesuka hati kau je nak bagi mak kau la guna, atuk kau la, pe tak suruh onyang kau guna? Geramnya aku!

Memang babi betul la. Bangsat. Since aku update ni malam, takde la kurang pahala puasa aku kot. Sebab dah buka tadi.

Tuesday, September 16, 2008

Tak pernah seumur hidup aku sesat naik bangunan. Sesat jalan ada la. Hari ini dalam sejarah betul.
3 kali aku salah naik lif. Cis dan cis sungguh!

Wednesday, September 10, 2008

Chah, Big Fat Liar call aku chah. Big Fat Liar, can you believe it?

Haih. Penat la macam ni.
Pasar tu tak best. Tak sebest Gombak aku rasa. Dan nasi kerabunya pun tak sedap. Sebab tu aku makan tak habis. Lagipun aku dah makan kuih dan minum air yang banyak.

No Chah, he pays for the food, bukan aku. "Pegi matila dia!". Super kejam ayat ko, Chah. Ha ha ha.. Aku pun benci orang macam ni, tapi masalahnya hati aku ni sayang. Then, you tell me how? Dan untuk pertama kalinya semalam, lepas buka puasa aku rasa nak muntah. Sebab aku rasa kenyang sangat. Mengah. Dan adegan dalam bilik yang gelap juga membuat aku double mengah.

Jaga imej depan kawan ya? Bagus. Maknanya imej aku pun terjaga sama. Dan dia berterima kasih kat aku sebab tolong tengokkan moto dia kat Titiwangsa tuhari. Memang patut pun. Sejam setengah aku berdiri kat situ babe. Macamla aku takde keje, kan? Makanya, makan la kuih jem nenas ngan pulut panggang tu sampai habis.

Tuesday, September 09, 2008

Bosan gila la macam ni. Mau jadik gila betul aku ni karang.

Monday, September 08, 2008

That's a nice crowd. Whom i can mingle around comfortably. Dan juga boleh bergossip. Dan alangkah malangnya kamu when your friends pour down all your secrets to me. Ha ha ha.......

Maka dengan bersungguh-sungguh mengatakan kau tahu berenang, tapi sebenarnya tidak, dan ianya bocor sebab kau tak mahu join berkayak. Dan kau duduk betul-betul depan aku selepas tak sampai 2 jam kita bercerita tentang berenang. Dan malangnya juga aku jenis yang pandang mata orang itu bukan satu masalah bagi aku.

Aku kena come clean? Tidak menjadi masalah itu semua....

Saturday, September 06, 2008

This morning was fun. Bebudak ITM je yg tau jawapan camtu babe. Ha ha ha..... Dah lama tak dengar eh? Haaaa..... Ni akak bagi ko dengar.

Kalau iye pun nak avoid dari aku, you don't have to turn off your phone. Aku sorang je yang ada privilege macam tu. Kau tak ada. Jadinya message mengatakan kau nak avoid dari aku itu sudah sampai. Got 'em clear as crystal, baby.

And keep on showing me the way. Europe, here we come!

Friday, September 05, 2008

Aku suka iklan mythbusters baru. Can you walk on the water? Can you?

Ooohhhh..... Ada pembetulan. Bukan iklan mythbusters rupanya. iklan Discovery Channel.
Kalau dah sekali datang, menderu-deru. Sampai pening kepala aku nak pilih mana satu.


Europe. Here we come!

Thursday, September 04, 2008

Dah terlambat ke kalau aku nak buat full time? Tak payah la nak fikir pasal tu, kan? Buat je kalau kau nak buat. Just do it!

Wednesday, September 03, 2008

Polis rupanya. Aku dah agak dah. Eh, macam tetau je yg aku tak suka. Bukan tak suka pun sebenarnya, tapi entahla. Sebab asyikla cakap tak suka, tu yang jadi tak suka kot. It's all in the mind. Sebenarnya tak kisah pun. Lagi aku suka. Fixed income. Ada pencen.

Europe, here we come!

  Listen, i know you are watching what i'm doing. So long i finish my work, i don't think it's a problem if i want to take a bre...