Sunday, January 27, 2008

Saya Sebatang Pen.

Saya sebatang pen. Nama saya Parker. Saya dilahirkan di sebuah kilang di Amerika Syarikat. Terdapat banyak kawan kawan seperjuangan saya di situ. Kemudian, kami dibungkus dan dimasukkan ke dalam kotak untuk dieksport ke negara-negara lain.

Kami semua dimasukkan ke dalam sebuah kontena dan di bawa berlayar di atas sebuah kapal laut. Saya telah dihantar ke sebuah negara bernama Malaysia. Saya diturunkan di sebuah pelabuhan bernama Pelabuhan Klang. Kemudian, kotak yang berisi saya dan kawan-kawan dipunggah ke dalam sebuah lori untuk diagih-agihkan ke serata Malaysia.

Saya telah dibawa dan dipamerkan di sebuah kedai di Jalan Raja Laut. Semua orang memuji kecantikan saya, tetapi tidak semua orang dapat memiliki saya kerana harga saya adalah mahal.

Pada suatu hari, datang dua lelaki ke kedai tuan saya. Mereka membelek-belek saya dan sebatang lagi kawan saya. Kemudian, saya terdengar salah seorang lelaki itu berkata, "saya ambik yang ini la tokey, dua ya?". Kemudian, tuan kedai itu pun membungkus saya dan sebatang lagi rakan saya yang turut dipamerkan di kedai itu.

Saya dibawa menaiki kereta selama hampir 2 jam. Kemudian saya terdengar lelaki itu berkata lagi, "mesti budak 2 orang tu suka dan bangga dapat pen ni". Kemudian rakan lelaki itu menjawab, "aku rasa kalau plain macam ni je, tak terasa sangat. Apa kata kalau kita ukir nama diorang kat pen ni, lagi special". "Betul jugak cakap kau tu", kata lelaki pertama tadi.

Kemudian, aku dibawa pula oleh lelaki pertama tadi ke Klang, untuk mengukir nama 2 orang yang bakal menerima aku dan rakanku. Semasa proses mengukir nama dilakukan, aku berasa amat sakit, tetapi bangga kerana aku bakal berkhidmat dengan tuan ku yang sebenar tidak lama lagi. Badanku diukir dengan nama Fasihatul Husna Binti Rais dan rakanku diukir dengan nama Ismail Bin Mohammad. Setelah selesai proses pengukiran, aku dibawa pulang oleh lelaki itu. Kemudian, aku dibalut dengan sehelai kertas yang amat cantik.

Hari yang aku nanti-nantikan telah tiba. Aku bakal bertemu dengan tuan ku yang sebenar sebentar lagi. Aku berasa amat berdebar-debar. Adakah tuan ku akan menyayangiku atau akan mensia-siakan aku? Aku berasa amat takut dan juga gembira pada masa yang sama. Rupa-rupanya aku akan diberikan kepada seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Apa UPSR itu, aku pun tidak tahu tapi aku berasa sungguh bangga. Aku juga dapat merasa yang tuan ku gembira mendapat aku kerana dia memegang aku dengan sungguh erat.

Apabila tuan ku sampai sahaja di rumah, dia terus membuka bungkusanku. Dia menjerit, "mak! Acik dapat pen Parker, siap ada tulis nama lagi. Bestnya!". Kemudian aku tahu, bahawa tuan ku amat menyayangiku dan akan menjagaku dengan cermat. Aku berasa sungguh bahagia. Tuan ku jarang menggunakan aku kerana dia amat menyayangiku.

Malang tidak berbau, pada suatu malam di tahun 1996, semasa orang sibuk bersiap-siap untuk kenduri kahwin kakak tuan ku, aku telah dicuri seseorang. Aku telah digunakan oleh bapa tuan ku untuk mengisi dan menandatangani borang kahwin kakak tuan ku. Kemudian, orang itu terus menyimpan aku ke dalam poketnya. Aku ingin menjerit, tetapi apalah dayaku, aku hanya sebatang pen!

Aku sayang pen Parker tu sangat.
Sangat sangat.
Tu hadiah aku ngan Mail jadik best student UPSR sekolah aku.
Aku ingat lagi masa aku amik pen tu dari Cikgu Abdul Rahman, dia pesan kat aku, "belajar elok-elok, jaga pen ni baik-baik. Hadiah ni adalah tanda kasih sayang kami semua cikgu untuk kamu".
Memang bangsat orang yang curik pen aku tu.
Kalau dia "ter"ambik, takkan takleh pulang balik?
Bukan tak tau tu pen aku, pasal ada nama aku engraved kat pen tu.
Kalau tak kenal nama aku pun, mesti kenal nama ayah aku, kan?
And takkan tak ingat dari rumah mana datangnya pen yang ada dalam kocek tu, kan?
Kesimpulannya, dia memang sengaja nak curik pen aku.
Memang tak bahagia la dia seumur hidup!

  Listen, i know you are watching what i'm doing. So long i finish my work, i don't think it's a problem if i want to take a bre...